Navigation
 
Kelab Sahabat

PENGENALAN
 
Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun ditubuhkan pada tahun 2004. Satu kertas kerja cadangan penubuhan Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun telah dibentang dan diluluskan pada Disember 2004 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan kali ke 17, Bil.4/2004 yang dipengerusikan oleh Y. Bhg Datuk Dr. Muhammad Rais b. Abdul Karim, Naib Canselor UPSI pada ketika itu. Pengambilan ahli telah dimulakan pada awal Januari 2005 dengan keahlian seramai 315 orang. Pelancaran Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Muhammad Rais b. Abdul Karim pada 26 Julai 2005, sempena majlis perasmian bulan membaca peringkat UPSI. Pelancaran logo dan motto juga turut diadakan pada tarikh tersebut.

OBJEKTIF

1.   Memberi pengetahuan asas kepada kumpulan sasaran mengenai Perpustakaan  dan kaedah pengendaliannya.

2.   Memberi galakan kepada kumpulan sasaran untuk berkhidmat kepada perpustakaan

3.   Memberi latihan dan membina kemahiran kepada kumpulan sasaran dalam aspek perpustakaan

4.   Menggalakkan dan menanam minat kepada kumpulan sasaran untuk mempunyai perpustakaan sendiri

5.   mendidik kumpulan sasaran menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan pengguna perpustakaan


MOTTO

'
Rakan Informasi Ilmu'

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk Kelab Sahabat Perpustakaan dipilih di kalangan pelajar

prasiswazah dari tahun 1-3, Universiti Pendidikan Sultan Idris
 

AKTIVITI

1.   Menyisih dan menyusun (sorting & shelving)

2.  Membantu menyediakan pameran pada bulan membaca, hari patriotik dan       
     konvokesyen

3.   Membantu perpustakaan dalam aktiviti bulan gerakan membaca

4.   Membantu aktiviti keceriaan perpustakaan


KELEBIHAN AHLI KELAB

1.   Tempoh pinjaman buku untuk ahli kelab selama tiga (3) minggu

2.   Jumlah pinjaman buku untuk ahli kelab sebanyak 10 judul

3.   Ahli kelab akan dijemput menghadiri aktiviti/seminar/ceramah yang dianjurkan oleh perpustakaan

4.   Ahli kelab akan mendapat potongan 50% bagi setiap helaian kos mencetak pangkalan data atas talian dan NSTP e-media

5.   Kemudahan memiliki bilik karel persendirian secara percuma selama dua (2) minggu sebelum peperiksaan (bilangan kemudahan adalah terhad kepada pemohon terawal sahaja) 

6.   Ahli kelab akan diberi kemudahan menyewa peti bagasi berkunci dengan kadar bayaran RM0.20 sehari sepanjang tempoh   keahlian

7.   Ahli kelab akan diberi kad dan sijil keahlian Rakan Pustaka

8.   Minuman ringanakan disediakan semasa menjalankan kerja-kerja atau aktiviti khusus di perpustakaan


Untuk Maklumat & Pertanyaan Hubungi:
 
 Kelab Sahabat Perpustakaan
 Perpustakaan
Tuanku Bainun
 Universiti Pendidikan Sultan Idris
 35900 Tanjong Malim
 Perak
 Tel: 05-4506943


Copyright 2013 Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Disclaimer : UPSI shall not be liable for any damage and lost of data caused in connection with the used of the site.